Saturday, September 20, 2008

lailatur qadar

hari ini merupakan hari yang ke dua puluh umat islam berpuasa. hari-hari yang ditunggu-tunggu telah tiba iaitu malam lailatur qadar. semua umat islam akan memperbanyakkan amal ibadah pada 10 malam terakhir di bulan ramadan. saya juga ingin untuk mendapat malam lailatur qadar kerana pada malam ini diibaratkan seperti 1000 bulan. amal ibadat akan di gandakan dan dosa akan di ampunkan.

Thursday, September 18, 2008

nuzul quran

semalam merupakan nuzul al-quran iaitu pada hari rabu. saya tidak membuat apa-apa pun untuk menyambut nuzul quran. seperti hari-hari sebelumnya. pada malam itu selepas saya pulang dari taraweh, saya melayari internet dan terjumpa mengenai ceramah nuzul al-quran yamh di sampaikan oleh Ustaz Hadi Awang dan Ustaz Azizan bertempat di Batu 9 Kota Sarang Semut. pada malam itu juga terdapat ceramah yang di adakan di kelantan. saya menonton live melalui internet kerana tiada siaran langsung di tv. inilah negara islam tetapi aktiviti agama tidak diutamakan oleh kerajaan. sehingga ianya diadakan melalui internet.

malam ini saya bersembahyang taraweh 20 rakaat + witir 3 rakaat. ini merupakan kali pertama saya sembahyang sunat taraweh 20 rakaat sejak berpindah ke rumah sewa baru. solat taraweh ini tamat pada pukul 10.15 malam. ini juga merupakan solat taraweh yang paling lama yang saya pernah buat. agak letih juga untuk menuggu sehigga 20 rakaat. entah macam mana tergerak untuk menunaikan taraweh 20 rakaat. tiba-tiba sahaja saya berjalan ke barisan saf yang ke dua. saf makmun sudah berkurangan menjadi 3-4 baris saf sahaja berbanding pada hari pertama ramdan.

selepas pulang dari solat taraweh, saya melayari dan terjumpa satu ceramah yang diadakan di terengganu. ceramah itu disampaikan oleh Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dan Sheikh Mohamoud Syiam. ceramah ini berkaitan perkembangan terkini di palestin. Sheikh merupakn seorang ahli hamas dan bekas imam Masjid Al-Aqsa. beliau memberi ceramah di dalam bahasa arab dan diterjemahkan oleh seorang ustaz. ceramah ini menarik dan memberi semangat kepada umat islam untuk terus membantu palestin. beliau memberitahu mengapa palestin tidak mendapat bantuan daripada negara arab yang kaya. ini disebabkan negara arab yang lain mahu palestin terutama hamas menerima negara yahudi israel. rakyat palestin lebih rela menerima sumbangan dari umat islam seluruh dunia yang ikhlas membantu mereka. beliau menceritakan askar yahudi ingin mencerobaohkan masjid al-aqsa. mereka mengorek lubeng di sekeliling masjid untuk merobohkannya. saya berharap kita semua banyak-banyak berdoa agar perkara ini tidak berlaku. beliau juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat malysia yang membantu mereka dan mengharapkan perjuangan islam terus berkembang di malaysia.

Ramadan peluang mengislah diri

Umat Islam seluruh dunia wajib bersyukur kerana masih lagi berkesempatan pada tahun ini menikmati kehadiran bulan Ramadan yang ditunggu-tunggu, kerana kedatangannya membawa seribu makna yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Iklan




Apapun Ramadan memang benar-benar menjanjikan yang terbaik berupa amalan-amalan, yang bukan sahaja tidak dijanjikan pada bulan-bulan lain selainnya, malah setiap amalan itu pula diganjari dengan pahala yang berlipat kali ganda. Ia bertujuan untuk menggalakkan umat agar suka beribadat untuk mencari keredaan Allah SWT.

Ditambah pula dalam Ramadan terdapat 'Lailatul Qadr', tadarus al-Quran, tazkirah, sesi berbuka puasa dan sahur, qiamullail, iktikaf, pengeluaran zakat fitrah, sedekah, penyediaan juadah berbuka puasa untuk orang yang berpuasa, bersolat jemaah pada solat lima waktu, bersegera melakukan kebaikan dan banyak lagi merupakan amalan-amalan yang boleh melonjakkan prestasi seorang individu Muslim itu kepada Allah SWT.

Bayangkan, bahawa Rasulullah s.a.w. ada menegaskan dalam sebuah hadisnya yang diriwayatkan oleh Salman al-Farisi maksudnya, setiap amalan sunat seseorang Muslim itu pada bulan Ramadan dianggap sebagai satu amalan fardu, dan amalan fardunya pula diganjari hingga 700 pahala, ia bertujuan menggalakkan kepada semua agar bersungguh melakukannya dan meraih pahala daripada allah SWT.

Kaedah bagi melakukan pengislahan diri pada bulan Ramadan

* Iringkan diri anda sentiasa bersama niat yang suci untuk melakukan pengislahan diri sepanjang bulan Ramadan.

* Persiapkan diri anda dengan perancangan rapi untuk berubah dan sentiasa raikan perancangan tersebut.

* Paling utama yang perlu anda lakukan ialah pulihkan hubungan baik dengan Allah, jadikan Ramadan tahun ini sebagai langkah permulaan ke arah itu dengan sentiasa memerhatikan segala kekurangan yang telah anda lakukan terhadap-Nya dalam segenap tindakan beribadat sebelum kehadiran Ramadan.

* Jadikan Ramadan tahun ini untuk bertekad melakukan solat fardu pada awal waktu secara berjemaah di masjid atau surau, sama ada ketika berada di rumah atau di pejabat.

* Mulakan tekad untuk bertadarus al-Quran, bukan sahaja dalam bentuk bacaan, malah meneliti ayat-ayatnya yang terdiri daripada arahan, larangan, janji syurga dan neraka, pahala dan dosa, mengenai hukum-hukum Allah yang wajib dilaksana, ayat-ayat gembira, sedih, ancaman dan sebagainya bagi membangkitkan rasa tanggungjawab untuk menjadikan diri sebagai hamba Allah yang kerdil di sisi-Nya, kerana al-Quran adalah kitab Allah yang abadi hingga ke akhir zaman.

* Berjanji di hadapan Allah untuk menjadi hamba-Nya yang baik, dengan melakukan amar makruf dan nahi mungkar.

* Menjadikan pelaksanaan solat fardu lima waktu sebagai pemangkin kepada meninggalkan perkara-perkara terlarang, sepertimana yang ditegaskan Allah dalam al-Quran, ia dapat dilakukan melalui penghayatan terhadap segenap bacaan yang terkandung dalam ibadat tersebut.

* Bertekad untuk melakukan 'taubat nasuha' iaitu dengan niat dan berazam untuk meninggalakan segala kejahatan, tidak mahu mengulanginya semula, bersahabat dengan orang-orang yang boleh meningkatkan keimanan kepada Allah SWT, kerana setiap satu kesalahan walaupun kecil bentuknya, jika ia dilakukan, sesungguhnya ia telah mengundang kemarahan Allah, menggembirakan syaitan, menjauhkan diri anda daripada syurga, mendekatkan diri kepada neraka, menyebabkan Rasulullah s.a.w. sedih di dalam kubur, menyakiti para Malaikat, mengkhianati seluruh makhluk yang ada di muka bumi ini.

* Layani kedua-dua ibu bapa dengan baik dan sopan khususnya pada bulan Ramadan, ia juga termasuk menghormati golongan yang lebih tua daripada diri anda seperti abang, kakak, para guru dengan ungkapan yang boleh membangkitkan rasa hormat terhadap mereka.

* Berbuat baik terhadap jiran tetangga, kawan-kawan, saudara mara, mohonlah kemaafan atas kesalahan yang pernah anda lakukan terhadap mereka, bukan tunggu menjelangnya awal Syawal.

* Hadiri majlis-majlis tazkirah yang boleh membangkitkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap agama.

* Carilah keaiban diri sendiri untuk melakukan pengislahan dengan bersungguh-sungguh, kerana sepanjang Ramadan adalah waktu yang palin sesuai untuk melakukannya, janganlah biarkan Ramadan berlalu tanpa melakukan perkara yang terbaik buat diri anda sendiri.

* Tinggalkan tabiat buruk menjelang Ramadan seperti suka melewatkan solat fardu, melepak, tidak suka berkunjung ke masjid atau surau.

* Hormati bulan Ramadan dengan menutup aurat dengan sempurna lebih-lebih lagi jika anda seorang Muslimah, kerana orang yang tidak menghormati bulan Ramadan dengan menjaga maruah dan harga dirinya tidak mungkin akan diberi syafaat (recommendation) Rasulullah s.a.w. untuk masuk syurga pada hari Kiamat.

Yang penting, pengislahan diri yang mahu anda lakukan itu pada bulan Ramadan, janganlah terhenti dengan kedatangan bulan Syawal, kerana Allah SWT bukan sahaja ada pada bulan Ramadan, malah sepanjang bulan, sepanjang masa Dia memerhatikan kita.

Mudah-mudahan Ramadan tahun ini adalah yang terbaik untuk kita persembahkan ke hadrat Allah SWT. Ingatlah saudara-saudari, umur kita semakin hari semakin meningkat tua, perhatikan sepanjang kita hidup yang sudah pun mencecah puluhan tahun dengan memakan rezeki Allah.

Apa yang telah kita lakuan untuk agama-Nya dari sudut sumbangan, jasa bakti seperti yang pernah ditonjolkan oleh pasa sahabat baginda sebelum mereka meninggal dunia. Sama-samalah kita fikirkan.

Monday, September 8, 2008

sahur

tanggal 8 ramadan bersamaan 8 september, saya dan kawan2 serumah tidak bangun sahur. saya hanya terjaga dari tidur semasa mendengar azan subuh dan pada waktu itu sudah tidak sempat untuk bersahur.. pada malam itu saya tidak tidur di luar iaitu tempat kebiasaan saya untuk tidur kerana di sana lebih sejuk dan selesa. pagi itu saya tidak mendengar alarm tepon saya. saya tidak tahu kenapa.. sebelum itu saya ada terjaga pada pukul 3, tapi saya tidur kembali kerana masih awal.....

hari ini merupakan hari yg ke 13 di bulan ramadan.. pelbagai perkara yang telah berlaku sepanjang bulan ini. tinggal lagi lebih kurang 17 hari untuk menyambut hari raya. semalam saya menghadiri modul yang ntah pape yang diadakan di DSB dan fakulti. modul ini tamat pada pukul 4 lebih. penigisian modul ini lebih kurang sama dengan modul yang terdahuli. tapi kali ini saya mendapat fc dari kalangan student dari fakullti law dan fsg. mereka boleh dikatakan junior tapi ok la jugak dalam mengendalikan latihan dalam kumpulan(ldk). tetapi yang tidak memuaskan hati apabila fc tidak membenarkan kami untuk pulang awal, mungkin disebabkan mereka ini masih lagi pelajar jadi tidak berani memberikan kebenaran. di dalam modul ini saya sekali lagi menjadi model untuk kumpulan saya. pada modul yang dahulu saya menjadi model jugak. mungkin sebab saiz badan yang kecil dan comel kut menjadi pilihan mereka. hahahaaa. tetapi kali ini saya menjadi model untuk menunjukkan budaya orang india. habis saya dimekapkan oleh ahli kumpulan saya. kali ini saya menjadi model bersama syafikah.

pada pagi ini apabila saya membaca berita harian, saya agak bersyukur kerana sebanyak 38 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak kerajaan melaksanakan semula pengajaran subjek Sains dan Matematik serta subjek lain dalam bahasa Malaysia kecuali bagi subjek bahasa pilihan.

Ini berikutan kegagalan 146,000 murid sekolah negara ini memahami aspek asas subjek Sains dan Matematik yang diajar menerusi sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/BeritaUtama/20080913234740/Article/index_html

jika kerajaan mengambil berat mengenai perkara ini, ramai anak2 melayu terutama di kawasan kampung dapat meneruskan pengajian mereka. saya juga sebenarnya tidak suka belajar di dalam bahasa inggeris kerana tidak dapat memahami dengan mendalam dan sukar untuk mengingati apa yang diajarkan oleh cikgu. tambahan pula apabila subjek agama di ajar di dalam bahasa inggeris lagi susah nak faham.

Wednesday, September 3, 2008

Puasa kembalikan manusia ke alam fitrah

Kita akan menghadapi bulan puasa dalam bulan Ramadhan yang mulia yang jatuh pada bulan September ini. Sesungguhnya pada bulan ini lah kita akan kembali kepada alam fitrah yang semula jadi jika kita puasa mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
Iklan




Pada ketika kita mengamalkan puasa itulah kita akan melakukan beberapa ibadah yang menyesuaikan diri kita dengan alam kejadian kita.

Amalan puasa yang bermula dengan sahur waktu malam dan berbuka waktu Maghribnya memakan masa lebih kurang tiga belas jam.

Masa itulah yang sebenarnya diperlukan oleh tubuh untuk menghadam makanan keseluruhannya. Makanan yang masuk ke dalam perut itu akan dihadam menjadi sel, darah, otot dan lain-lain.

Inilah sepatutnya kita lakukan hari-hari tetapi dalam keadaan sebenarnya dalam tabiat kita makan sehari-hari kita makan banyak kali �sarapan, makan pukul sepuluh, makan tengah hari, makan dan minum teh petang dan makan malam � di mana belum pun sempat proses penghadaman berlaku sepenuhnya makanan dimasukkan ke dalam perut terus menerus sehingga proses penghadaman terganggu.

Ini menyebabkan makanan yang tidak sempat dihadam akan diketepikan sahaja dan membusuk di dalam perut dan usus. Gas pun terkumpul dan gas ini menyebabkan kita sakit perut, sakit kepala dan bila gas dan toksid naik ke permukaan kulit di muka maka jerawat timbul, kelumumur dan macam-macam lagi.

Maka puasa di siang hari sebenarnya kembalikan kita ke alam fitrah di mana kita telah mendisiplin diri kita makan ikut fitrah dan ini sesuai dengan sains perubatan.

Ketika berbuka, hendaknya jangan kita makan banyak cukup sekadar minum segelas air dan makan kuih sedikit atau makan sedikit kurma.

Kemudian kita tunaikan solat Magrhrib. Setelah itu minumlah sedikit demi sedikit setiap setengah jam hingga waktu jam sebelas malam barulah makan yang berat sedikit.

Kalau kita terus makan dengan banyaknya ketika berbuka ianya akan menyebabkan perut menjadi terkejut dan mengalami sakit. Bila kita hendak memulakan perjalanan dengan kenderaan kita tidak memulakan enjin dengan kuat tapi dalam keadaan perlahan-lahan sebelum melajukan kenderaan. Begitu juga dengan tubuh kita.

Begitu juga ketika kita bersahur jangan makan banyak sangat. Ketika kita puasa disiang hari tubuh kita akan menghadam makanan yang kita makan ketika bersahur.

Kalau kita makan banyak maka banyaklah kerja alat penghadaman kita maka kita akan menjadi tersangat letih kerana kekuatan tenaga akan tertumpu pada penghadaman sahaja. Sedangkan disiang hari kita perlu juga terus bekerja mencari nafkah untuk diri dan keluarga.

Solat fardu

Dan sudah tentu kita mesti menunaikan solat-solat fardu yang lima waktu. Kalau pada hari dan bulan lain dari Ramadhan kita lakukan solat tapi tidak regular maka pada bulan Ramadhan lakukanlah dengan penuh semangat tanpa ponteng.

Pada orang yang tidak solat dia tetap akan membasuh muka dan tangan sekejap-kejap untuk merasa nyaman bekerja maka waktu solat sudah tentu kita akan membasuh muka dan lain-lain kawasan tubuh kita; maka dengan sendirinya kita telah merasa nyaman, bersih dan membersihkan diri kita dari dihinggapi jutaan kuman pada kulit kita yang terdedah. Tambahkan pahala kita dengan solat-solat sunnat rawatib.

Solat tarawih

Pada malam harinya kita solat tarawih atau nama sebenarnya solatullail. Pada siang hari dengan kikta berpuasa maka perjalanan darah agak 'slow' sedikit maka dengan kita solat terawih kelancaran perjalanan darah menjadi laju sedikit dan kembalikan kita kepada edaran darah yang normal.

Sesungguhnya solat tarawih sepatutnya dilakukan setiap hari, tarawih pada bulan Ramadan adalah sebagai latihan kepada bulan-bulan yang lain.

Mengaji al-Quran

Kita digalakkan membaca al-Quran pada setiap malam Ramadan sebagai latihan kepada membaca al-Quran setiap hari di bulan-bulan selain Ramadan.

Bila kita membaca al-Quran kita mencipta gelombang suara, secara automatik kita mencas kuasa elektrik-magnetik di dalam diri kita, mata kita bergerak, otot-otot muka bergerak, leher kita bergerak, telinga bergerak untuk mendengar bacaan kita itu, 'MAKA JADILAH KEPALA KITA SEPERTI KOTAK SUIS ELEKTRIK' atau seperti komputer yang diberi isiannya.

Inilah satu daripada kebaikan membaca al-Quran setiap hari, tetapi hari ini kita perhatikan amalan bacaan al-Quran tidak lagi menjadi amalan seharian umat Islam. Kalau ada pun mereka menyimpan kaset atau CD al-Quran sahaja.

Kalau di rumah kita baca dengan anggota keluarga kita dan ini akan rapatkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Di peringkat masyarakat membaca atau bertadarus di surau dan masjid akan merapatkan ukhuwah Islamiyah di kalangan penduduk.

Orang yang puasa dengan sendirinya mendisiplinkan dirinya dengan tidak makan dan minum di siang hari, menjauhkan perkara maksiat dan lain-lain perkara mungkar.

Dan dia bersama-sama jutaan umat Islam seluruh dunia melakukan puasa ini .Gambarkan keadaan suasana puasa, buka ,sahur dan melakukan ibadah solat tarawih dan tadarus al-Quran di seluruh dunia oleh umat Islam � alangkah indahnya suasana ini.

Maka sesungguhnya dengan ibadah puasa manusia telah kembalikan dirinya ke alam fitrah. - mks. _

Tuesday, September 2, 2008

salam ramadan

Assalamualaikum............
di sini ana mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada semua sahabat, para pendidik dan juga umat islam seluruh dunia. kini ramadan menjelma kembali, ana berharap di dalam bulan yang mulia ini kita mengambil kesempatan dengan memperbanyakkan amal ibadat sebanyak yang mampu. di antara amal ibadat yang dilakukan di dalam bulan ramadan ialah memperbanyakkan membaca al-quran dan sembahyang sunat taraweh.

pada ramadan tahun ini ana berazam hendak mengkhatam al-quran dan bersolat taraweh 1 bulan. ini kerana pada tahun lepas ana tidak dapat melakukan sepenuhyan iaitu menkhatam al-quran dan solat taraweh sepenuhnya.

apabila bulan ramadan menjelma ana akan terkenang suasana kampung, suasana berbuka bersama keluarga dan moreh di masjid. tidak dilupakan pengalaman bermain mercun dan meriam bersama-sama abang dan anak buah.

ana berharap sepanjang bulan ramadan ini kita semua dapat mengharunginya dengan tabah semoga beroleh berkat dari allah. disamping itu kita juga perlu mengingati saudara kita di palestin, iraq dan lain2 lagi.