Friday, February 6, 2009

Semester akihr

salam kepada semua sahabat yang sudi melihat blog ana ini. Sudah lama rasanya ana tidak menulis blog, mungkin kerana tidak sempat dan tiada berita menarik.

Tahun ini merupakan tahun terakhir ana di UITM Malaysia. Ana harap dapat menamatkan pengajian ana di sini dengan jayanya, hahahaha...... pointer pun cukup makan jer. Semua masalah registration subjek telah selesai. Semester ini ana akan membuat thesis yang bertajuk Perspective of e-Banking Among Students UITM. Tajuk thesis ini ana baru disahkan oleh advisor ana semalam iaitu Cik Ibrahim yang merangkap ketua program Islamic Banking. Ana belum lagi memulakan proposal untuk thesis ana. Minggu depan semua pelajar perlu manghantar proposal kepada advisor masing-masing. Ana masih ada 2-3 hari untuk menyiapkan proposal ana. Tak tahulah sempat ke tak untuk menyiapkan proposal ini kerana kawan-kawan ana sudah lama membuat proposal ini.

Ana bersyukur kepada Allah kerana masalah ana untuk semester ini telah selesai dan berharap dapat meneruskan pengajian ana tanpa sebarang masalah lagi.