Sunday, May 17, 2009

Kota Warisan

Kota Warisan terletak di Sepang. Disini cuma ada bangunan rumah, premis perniagaan dan juga sekolah sahaja. Sekali imbas rasa macam pekan mati kerana premis perniagaannya masih banyak yang kosong. Mungkin penduduk disini kebanyakan orang kaya dan mereka lebih suka berjalan ke Putrajaya. Jarak Kota Warisan dan Putrajaya memang hampir.

Sekarang ni saya keseorangan di rumah kerana abang dan kakak ipar saya merupakan seorang guru. Mereka perlu kesekolah hari untuk menjalankan tugas sebagai seorang guru, begitu juga dengan dua orang anak buah saya, seorang ke tadika dan seorang ke pra sekolah mamanya. Hari ini pihak sekolah mengadakan sambutan hari guru.

Saturday, May 16, 2009

Ia Bukan Salahmu Cikgu Kerana Najib Begitu!!

Oleh: pendikar gunung kriang

SELAMAT HARI GURU!!

Apabila hari ini lahir seorang PM
suaranya serak dengan retorik-retorik
yang kami tidak faham
hari ini Satu Malaysia
esok Merakyatkan Pemimpin
lusa Aku PM Rakyat
tulat entah apa-apa yang kami makin biul
itu bukan salahmu, cikgu
kerana kamu dulu tidak pernah ajar dalam kelas
ilmu menjual pil-pil palsu
yang hanya menjadikan rakyat yang lapar semakin keliru.

Apabila hari ini lahir seorang PM
di pinggangnya terselit puluhan C4
bisa menggegar bisa menghancur siapa saja
bisa menukar kerajaan sah menjadi kerajaan haram
bisa menukar MB sah menjadi MB haram
bisa menukar Speaker sah menjadi Speaker haram
itu bukan salahmu, cikgu
kerana kamu dulu tidak pernah ajar dalam kelas
ilmu mencolek dan menyembunyikan manusia
ilmu lompat katak
ilmu merampas hak yang sah
yang hanya menjadikan politik huru hara
dan ekonomi porak poranda.

Apabila hari ini lahir seorang PM
dengan isteri rambut besar kepala telanjang
badan dihiasi kerlipan intan berlian
mengalahkan bidadari kayangan
pakaian ranggi semuanya luar negeri
itu bukan salahmu cikgu
itu bukan salahmu ustaz
kerana kamu dulu tidak pernah ajar dalam kelas
ilmu mendedah aurat
ilmu riak takbur dengan segala perhiasan mahal-mahal
ilmu membazir ketika rakyat mati terjelir.

Selamat Hari Guru
terima kasih cikgu kerana mengajar kami menjadi manusia
mengajar kami erti ketabahan
mengajar kami erti keberanian
biar dalam kesusahan dan kesempitan
tidak pernah menyerah demi sebuah maruah
tidak pernah berhenti sampai mati.



http://pendikargunung.blogspot.com/

Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru

Hari ini tanggal 16 Mei, merupakan hari guru di Malaysia. Apabila tiba tarikh keramat ini pasti kita semua akan teringat akan jasa guru-guru terutama guru yang pernah mengajar kita. Dikesempatan ini saya mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru di Malaysia amnya dan guru-guru yang di SKBB, SMKAY, KMKN dan UiTM khususnya.

Tanpa guru siapalah kita, kerana merekalah yang mencorak kita selama kita berada di sekolah terutama yang berada di asrama. Setiap guru mempunyai caranya tersendiri untuk mencurahkan ilmunya kepada kita semua. Setiap perbuatan yang baik mestilah diikuti dengan baik dan jujur serta ikhlas.

Setiap kali tibanya hari guru, saya pasti teringat guru yang pernah memarahi saya dahulu sewaktu di bangku sekolah. Kadangkala seronok bila dimarahi oleh guru kerana ianya akan dapat menyedarkan kita akan kesalahan yang kita buat. Hahahaha.... rasa seronok bila teringatkan zaman sekolah dulu. Terutama watu prep petang dan malam. Selalu saja dikejar oleh guru bertugas untuk masuk ke kelas. Saya pernah didenda berada di luar kelas sehingga habis waktu kerana tidak membbuat pembetulan kerja sekolah. Semua orang yang lalu di situ dapat melihat saya..

Walauapapun, menjadi guru merupakan tugas yang besar yang diamanahkan oleh Allah. Seoarang guru mestilah menunjukan jalan yang betul kepada setiap pelajarnya... Selamat Hari Guru...

Thursday, May 14, 2009

Soalan Licik, Jawapan Cerdik (18SX)

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : “Apa sebenarnya masalah awak, Abu?”

Lalu Abu menjawab, “Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!”.

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, “Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6r43;, Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, “Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?”. Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?

Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf “K” akhir dengan “A”, ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna “pink”, bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?

Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and end in ‘K’ that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and ends in ‘K’ & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It’s longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata “Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah”.

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning… hehehe.

DEMOKRASI DAN POLITIK

Malaysia meruoakan sebuah negara yang unik dari segi demokrasi berparlimen dan juga siatem politik. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, semua rakyat Malaysia terutama warganegara mempunyai hak kebebasan bersuara. Tapi ini tidak menjadi kenyataan kerana kekuasan politik oleh pihak tertentu. Mungkin sebab itu Malaysia masih ketiggalan dari pelbagai bidang. Kuasa politik hanya digunakan untuk kepentingan sendiri sahaja.

Selepas pilihanraya umum yang ke 12, pelbagai masalah politik timbul. Adakah pihak tertentu berasa tergugat dengan kemenangan pihak pembangkang iaitu Pakatan Rakyat. Banyak pilhanraya kecil di adakan disebabkan pelbagai alasan yang kadang2 kurang munasabah. Politik di Malaysia sudah tidak lagi aman, pelbagai ugutan diterima oleh ahli politik. Keselamatan mereka tidak lagi tidak terjamin.

Kecelaruan politik di Malaysia ini bermula disebabkan kurangnya kefahaman mengenai demokrasi berpalimen dan sistem perundangan yang diamalkan kurang difahami oleh ahli politik itu sendiri. Daripada perdebatan yang diadakan sebelum ini terbukti ahli politk kerajaan kurang memahami sistem perundangan dan kurang fakta yang kukuh. Kebanyakan masalah politik ini timbul akibat kebodohan ahli politik kerajaan kerana mereka mahu berkuasa dan mengaut kekeyaan untuk diri mereka sahaja. Seperti di Perak pari BN membelakangkan undang2 tubuh negeri perak untuk merampas kekuasan di Perak. Jika mereka memahami, hal seperti ini tidak mungkin berlaku.

Monday, May 11, 2009

Mahkamah Tinggi isytihar Nizar Menteri Besar Perak yang sah




KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini mengisytiharkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Keputusan itu dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Abdul Aziz Abd Rahim, di sini, sebentar tadi.

Dalam keputusannya, Abdul Aziz berkata jawatan Menteri Besar Perak tidak boleh dianggap kosong mengikut peruntukan Artikel 16(6) Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan undi tidak percaya terhadapnya hanya boleh dibuat ketika persidangan Dewan Undangan Negeri.

Thursday, May 7, 2009

motosikal





semalam pergi workshop kt seksyen 2 selepas jumpa kawan2. ingatkan dapat la makan ABC dh dia ckp nk belanja, lepas ak sampai terus depa semua blah g jln2. kureng asam betol la kawan2 ak ni. tapi xpe ak x kisah sangat, lantak kt depa la.

balik kepada workshpop, moto ak rosak. smalam teraccident ckt kt kolej kenanga. gear moto rosak ade bengkok. lama giler dia repaire moto ak, dh tokei tu janji bleh siap ptg tu juga, jadi ak tgg la. banyak juga duit ak melayang semalam dekat RM110, mula2 dia cakap RM70-RM80 je. alih2 bla dh siap mahal giler. tapi x per ar sebab dia repaire macam lagi. yang penting sedap ckt rasa lepas di repaire walaupun lembab dia wat keje.

bosan betol mggu ni, dh abis exam pun boring lg apsal erk. kt umah ak tinggal sorang sebab semua ade keje masing2, ade yg g kursus, keje dan blk kampung. thesis pun x tau bla nk setel. KP dh siap chech ke blom draft yg ak wat. klu dh siap thesis ni ingat nk lepak sepang jap pastu bru blk KEDAH....

Wednesday, May 6, 2009

AFC Cup 2009

Kedah meneruskan rentak kemenangan dengan membelasah Hanoi ACB dr vietnam 7-0. kedah kini berkongsi mata dgn pasukan Eastern Athletic dr Hong Kong dengan perbezaan gol memihak kepada Kedah. Kedah kini berada di tempat kedua di dalam kumpulan G. hanya tinggal lagi satu perlawan untuk membolehkan kedah melayakkan ke peringkat ke dua. kedah perlu menang jikan mahu layak. Kedah akan berlawan dengan Chonburi dari Thailand pada 19 may 2009 yang bertempat di Supachalasai National Stadium. harap kedah dapat memenangi perlawan untuk mengulangi kejayaan pada musim lepas setelah layak ke peringkat kedua. Kedah pantang kalah...

Monday, May 4, 2009

semester 6 di UiTM

alhamdulillah.. syukur kepada ALLAH.

hari ini merupakan hari yang terakhir peperiksaan akhir semester.... syok rasanya bila dah habis exam.. walaupun soalan islamic economic tadi memang susah tahap dewa, dapat juga jawab. aku rasa jawapan ak semuanya sama saje dari awal sampai habis. xtau nak jawab ape tadi. huhuhuhu.. mungkin sebab study last minute kut. hehehee

macamanapun semuanya dah abis hari ini... alhamdulillah sekali lagi.
Petang tadi bru antar draft projek paper tuk di semak oleh Encik Ibrahim merangkap ketua program(KP) islamic banking. ak pelik sungguh dengan semua kawan-kawan ak, depa ni selalu kata KP ayah angkat aku la, bapa aku la, anak emas la dan seumpama dengannya. Aku rasa depa semua ni jeles kut, yela ak sorang ja yang wat thesis dengan kp. Rasa bertuah bila dapat dengan KP, sebab KP tidak cerewet seperti advisor kawan2 yang lain. Dengar cerita ada yang sedih la, menangis ada gak kut tapi macamana pun KP all the best. hahahaaaa. ak cuma kna edit proposal 2 kali je..
tapi takut gak time viva hari tu sebab ak sorang ja, tapi ak viva skali ngan dak praktikal. nasib baik ak kenal ngan Amir. ade gar member nak sembang2. Amir praktikal kt CIMB Damansara, ada yang kt Bank Rakyat. Dengar berita drpd depa, Bank Rakyat nak pekerja lelaki taknak perempuan. Ini peluang tuk lelaki Isba tuk rembat keje kt Bank Rakyat.....