Thursday, May 14, 2009

DEMOKRASI DAN POLITIK

Malaysia meruoakan sebuah negara yang unik dari segi demokrasi berparlimen dan juga siatem politik. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, semua rakyat Malaysia terutama warganegara mempunyai hak kebebasan bersuara. Tapi ini tidak menjadi kenyataan kerana kekuasan politik oleh pihak tertentu. Mungkin sebab itu Malaysia masih ketiggalan dari pelbagai bidang. Kuasa politik hanya digunakan untuk kepentingan sendiri sahaja.

Selepas pilihanraya umum yang ke 12, pelbagai masalah politik timbul. Adakah pihak tertentu berasa tergugat dengan kemenangan pihak pembangkang iaitu Pakatan Rakyat. Banyak pilhanraya kecil di adakan disebabkan pelbagai alasan yang kadang2 kurang munasabah. Politik di Malaysia sudah tidak lagi aman, pelbagai ugutan diterima oleh ahli politik. Keselamatan mereka tidak lagi tidak terjamin.

Kecelaruan politik di Malaysia ini bermula disebabkan kurangnya kefahaman mengenai demokrasi berpalimen dan sistem perundangan yang diamalkan kurang difahami oleh ahli politik itu sendiri. Daripada perdebatan yang diadakan sebelum ini terbukti ahli politk kerajaan kurang memahami sistem perundangan dan kurang fakta yang kukuh. Kebanyakan masalah politik ini timbul akibat kebodohan ahli politik kerajaan kerana mereka mahu berkuasa dan mengaut kekeyaan untuk diri mereka sahaja. Seperti di Perak pari BN membelakangkan undang2 tubuh negeri perak untuk merampas kekuasan di Perak. Jika mereka memahami, hal seperti ini tidak mungkin berlaku.

No comments: