Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru

Hari ini tanggal 16 Mei, merupakan hari guru di Malaysia. Apabila tiba tarikh keramat ini pasti kita semua akan teringat akan jasa guru-guru terutama guru yang pernah mengajar kita. Dikesempatan ini saya mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru di Malaysia amnya dan guru-guru yang di SKBB, SMKAY, KMKN dan UiTM khususnya.

Tanpa guru siapalah kita, kerana merekalah yang mencorak kita selama kita berada di sekolah terutama yang berada di asrama. Setiap guru mempunyai caranya tersendiri untuk mencurahkan ilmunya kepada kita semua. Setiap perbuatan yang baik mestilah diikuti dengan baik dan jujur serta ikhlas.

Setiap kali tibanya hari guru, saya pasti teringat guru yang pernah memarahi saya dahulu sewaktu di bangku sekolah. Kadangkala seronok bila dimarahi oleh guru kerana ianya akan dapat menyedarkan kita akan kesalahan yang kita buat. Hahahaha.... rasa seronok bila teringatkan zaman sekolah dulu. Terutama watu prep petang dan malam. Selalu saja dikejar oleh guru bertugas untuk masuk ke kelas. Saya pernah didenda berada di luar kelas sehingga habis waktu kerana tidak membbuat pembetulan kerja sekolah. Semua orang yang lalu di situ dapat melihat saya..

Walauapapun, menjadi guru merupakan tugas yang besar yang diamanahkan oleh Allah. Seoarang guru mestilah menunjukan jalan yang betul kepada setiap pelajarnya... Selamat Hari Guru...

No comments: