Assalamualaikum...
Semalam telah tamat tiga pilihanraya di tiga tempat iaitu Bukit Selambau di Kedah, Bukit Gantang di Perak dan Batang Ai di Sarawak. PAS. PKR dan BN mengekalkan kerusi mereka dalam pilhanraya kecil itu. Namun disebalik pilihanraya itu kita dapat melihat pertambahan undi di pihak PAS dan PKR lebih besar dari pilihanraya 2008. Adakah ini menunjukkan rakyat tidak termakan dengan imbuhan dan pujukan yang diberi oleh UMNO dan BN di kawasan tersebut, atau rakyat dah semakin matang untuk memilih pemimpin mereka.
Walaupun pihak pembangkang mengalami pelbagai rintangan dengan tiada akhbar mereka harakah dan suara keadilan kerana digantung oleh kerajaan yg tersangat berdemokrasi. begitu juga tanpa mendapat liputan dari media arus perdana dan liputan yang selalu berat sebelah dari media arus perdana. Namun perkara ini tidak memberi kesan kepada PAS dan PKR kerana perkara ini sudah menjadi perkara biasa untuk ditempuhi. Saya selalu tertanya-tanya mengapa UMNO tidak meletak menteri besar Perak untuk bertanding di Bukit Gantang melawan Nizar dari PAS. Adakah UMNO sudah tahu yang mereka akan kalah di kawasan tersebut atau sudah tahu rakyat tidak menerima UMNO?
No comments:
Post a Comment